Wahai jiwa yang pernah bertaut rasa,
Mengapa dendam masih membara?
Bukankah cinta yang terlerai sudah takdir-Nya,
Mengapa sihir pula dijadikan senjata?
Jangan engkau sangka kami tak tahu,
Siapa yang meniup mantera di malam lesu,
Tanda-tanda telah Allah S.W.T tunjuk di mata,
Pengguna sihir takkan lama bersembunyi dari nyata.
Apakah kau lupa firman yang jelas,
Bahawa sihir itu perbuatan yang terbalas,
Bukan balasan dunia yang patut ditakut,
Tetapi azab akhirat yang tiada pengampunannya
Ketahuilah wahai mantan yang terluka,
Kami bukan musuh, hanya bekas cinta,
Jangan kerana kecewa engkau tergadai aqidah,
Mencari pertolongan syaitan yang hina.
Bertaubatlah sebelum terlambat,
Pintu rahmat Tuhan masih terbuka lebat,
Lepaskan jampi, hentikan niat,
Kembali kepada Allah, usah khianat.
Kerana siapa menggunakan sihir sebagai balasan,
Telah pun dilaknati sejak zaman permulaan,
Dan Allah Maha Mengetahui segala urusan,
Satu hari nanti, kebenaran jadi tontonan.
Jangan tunggu bala menimpa jasad,
Barulah kau tangisi setiap niat jahat,
Kembalilah, wahai hati yang kelam,
Sebelum terpadam terus cahaya Islam.
@WRJ